Tuesday, August 17, 2010

Makanan dan amalan seharian~

rezeki yang halal




bersyukur atas nikmat yang dikurnia


Mencari keberkatan Makanan


Kita makan untuk mengenyangkan perut dan bagi menjana kekuatan meneruskan kehidupan. Makanan yang ditelan bukanlah sekadar penggalas perut tetapi sebenarnya sebagai ibadat kepada Allah. Justeru untuk tambah memberkatinya, pastikan makanan yang diambil adalah halal dan ba
ik.
Suatu hari seorang sahabat,

Saad Bin Waqqas bertanya kepada Rasulullah :

" Wahai tuan, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan orang mustajab ( makbul ) doanya."


Lalu Rasulullah menjawab :
"Wahai Saad, makanlah makanan yang baik ( halal ), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya jika seseorang melemparkan sesuap makanan yang tidak halal ke perutnya, tidaklah makbul doanya selama 40 hari."


Oleh itu, jangan dipandang mudah pada makanan yang diambil kerana ia boleh mempengaruhi keseluruhan kehidupan orang Islam. Seperti kata orang, kita adalah apa yang kita makan. Jika baik makanan yang kita ambil, maka baiklah keseluruhan tubuh dan jiwa kita.

Ibnu Abbas ra berkata:
" Tatkala aku membaca ayat di hadapan Rasulullah, yang ertinya,
" Wahai manusia makanlah apa-apa yang ada di bumi yang halal dan baik.. "


Makanan yang halal adalah yang melengkapi semua aspek kesucian, tidak diragui dan kebersihannya terjaga. Jika anda meraguinya, silalah berhubung dengan meraka yang benar-benar arif ttg perkara ini. Anda boleh merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
Rasulullah saw menuntut agar meninggalkan yang syubhat kerana takut terjerumus ke dalam yang haram. Kedua, Rasulullah saw mengkhabarkan bahawa hal-hal yang haram adalah daerah yang tidak boleh didatangi atau didekati

Allah swt berfirman yang bemaksud :


" Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka, sesiapa terpaksa ( memakannya kerana darurat ) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas ( pada kadar benda yang dimakan itu ), makan tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."


( Surah al-Baqarah: 173 )


Makan dan minum adalah suatu perkara yang harus sifatnya bagi manusia. Namun makan dan minum tidak boleh sewenang-wenangnya kerana Allah telah menyediakan peraturan bagi memelihara manusia daripada terjebak dalam kemudharatan kesihatan fizikal dan rihani.
Makanan tidak halal secara maknawiyah memberi kesan kepada pembentukan sahsiah diri. Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke dalam mulut, pastikan bersih daripada segala unsur riba', rasuah,perjudian dan hasil yang haram.


Firman-Nya lagi yang bermaksud :


" Dan juga ( disebabkan ) mereka mengambil riba, padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan ( disebabkan ) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah ( tipu, judi dan sebagainya ). Dan ( ingatlah ) Kami telah menyediakan bagi orang kafir antara mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

( Surah an-Nisa' : 161)


Rezeki sumber haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, yang diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakan seseorang. Justeru berhati-hatilah!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

++ macam-macam ada ++

+my favourite song+